Date: Khamis, Mei 20, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. HAJI AZMAN BIN WAN AB RAHMAN, JURUTERA AWAM KANAN, PASUKAN PROJEK FM ISTANA NEGARA, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 19 MEI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (Gred J3) di JKR KESEDAR Kota Bharu pada 22 Disember 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1985 : Jurutera Awam (Gred J3), JKR KESEDAR, Kota Bharu
  2. Tahun 1985 - 1992 : Jurutera Awam (Gred J3), JKR KESEDAR, Gua Musang
  3. Tahun 1993 - 2003 : Jurutera Awam (Gred J3), JKR KESEDAR, Tanah Merah
  4. Tahun 2003 - 2007 : Pengurus Pembinaan (J48), Pasukan Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB)
  5. Tahun 2007 - 2008 : Penolong Pengarah Kanan (J48), Pasukan Projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KT
  6. Tahun 2009 – 2011 : Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Pendidikan dan Pendidikan Tinggi
  7. Tahun 2011 - 2015 : Jurutera Daerah (J52), JKR Negeri Seremban
  8. Tahun 2015 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
  9. Tahun 2015 – 2021 :Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Pasukan Projek FM Istana Negara, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ketua Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang – Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan 2020
  2. AJK GP Berjadual Bangunan Kerajaan (GBSMG) (2018- 2019)
  3. AJK  Pembangunan  Kit  Latihan  Kontrak  Pengurusan  Fasiliti  dan  Penyenggaraan Bangunan Kerajaan 2019
  4. Ahli Ganti Lembaga Perolehan KBS ( 2017 – 2021 )
  5. Ahli Ganti Lembaga Perolehan KSM (2016 – 2021 )
  6. Pembentang Kertas Kerja di Seminar Pengurusan Fasiliti JKR 2017

b) Sumbagan dalam Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Bendahari, Surau Nurul Iman,  Bukit Saujana 2020-2022
  2. Pemereksa Kira-Kira. Surau Nurul Iman, Bukit Saujana , 2017-2019
  3. AJK Surau Al-Falah , Seksyen 6, Kota Damansara , 2011-2013
  4. Ahli Persatuan Penduduk  Bukit Saujana, Sg Buloh)

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994, 2013
  2. Johan Mangku Wilayah (JMW) –Feb 2021

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. HAJI AZMAN BIN WAN AB RAHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"