Date: Jumaat, April 12, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Asha’ari bin Hj. Hasan yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 12 April 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Jurutera Elektrik (J3) di Jabatan Bekalan Elektrik & Gas pada 1 Jun 1992, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu:-

  1. Tahun 1992-1999:  Jurutera Elektrik (A18/A11), Jabatan Bekalan Elektrik & Gas
  2. Tahun 1999-2002: Jurutera Elektrik (J3), Cawangan Kerja Elektrik
  3. Tahun 2002-2005: Jurutera Elektrik (J3/J48), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
  4. Tahun 2006-2009: Penolong Pengarah Kanan (Elektrik) (J48), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
  5. Tahun 2009: Jurutera Elektrik Penguasa (J52), Cawangan Kerja Bangunan Am
  6. Tahun 2009-2015: Jurutera Elektrik Penguasa (J52), Kementerian Teknologi Hijau Dan Air
  7. Tahun 2015-2017: Pengarah Pasukan Projek Khas Sabah (J54)
  8. Tahun 2017: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Pendidikan
  9. Tahun 2017-2023: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  10. Tahun 2023 hingga 11 April 2024: Pengarah (JUSA C), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah:

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional Dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  • Registered Program Director (RPD) di bawah Program Competency Based Assessment System (CBAS) JKR 2023

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Pingat Johan Mangku Wilayah (J.M.W.) 2024
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga YBrs. Ir. ASHA’ARI BIN HJ. HASAN dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"