Date: Jumaat, Mei 7, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. HJ. DZARIF BIN YAACOB, PENGARAH CAWANGAN KERJA KESELAMATAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 MEI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jalan Luar Bandar (A18) di Ibu Pejabat JKR Melaka pada tahun 1984. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1991 : Jurutera Jalan Luar Bandar (A18), Ibu Pejabat JKR Melaka
  2. Tahun 1991 - 1996 : Jurutera Bangunan (A11), Ibu Pejabat JKR Johor
  3. Tahun 1995 - 1995 : Jurutera Bangunan (J3) disamping Menanggung kerja Penolong Pengarah BAKAJ, Badan Kawalselia Air Johor
  4. Tahun 1996 - 1996 : Jurutera Pendidikan(J3) JKR Daerah Johor Bahru
  5. Tahun 1996 - 2003 : Jurutera Jalan (J3), JKR Daerah Johor Bahru
  6. Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Daerah (J48), JKR Kota Tinggi, Johor
  7. Tahun 2007 – 2009 : Pengurus Besar Pembinaan (J52), Pasukan Projek Gerbang Selatan Bersepadu
  8. Tahun 2009 – 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
  9. Tahun 2014 – 2019 : Timbalan Setiausaha Bahagian (Teknikal) (J54), Kementerian Pendidikan Malaysia
  10. Tahun 2019 – 2020 : Pengarah (JUSA C), Cawangan Kerja Keselamatan.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (No. daftar : 9615)
  2. Ahli Institusi Jurutera Malaysia (MIEM). No ahli : M18201

b) Kelayakan Kompetensi

  1. Registered Project Manager (2014)
  2. Certified Lead Auditor MS ISO 9000 : 1994

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentangan kertas kerja “Project Management Critical Success Factors in JKR Malaysia” di Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia 2012 di Langkawi, Kedah.
  2. Pengerusi Badan Kebajikan, Rekreasi dan Sukan Caw. Pangkalan Udara & Maritim JKR Malaysia (2012-2014)
  3. Ahli Lembaga Tender Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2011-2013)
  4. AJK Pembangunan Kerjaya & Kebajikan Disiplin Awam, JKR Malaysia (2012-2014)
  5. Mantan Ahli Lembaga Pelawat Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor.
  6. Panel temuduga Hadiah Latihan Persekutuan JPA 2012.
  7. Pengurus Projek, Naiktaraf Menara Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG), Jalan Kampung Attap (April 2015 hingga kini)
  8. AJK Majlis Tindakan Kader JKR Malaysia

c) Sumbangan dalam Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Institusi Jurutera Malaysia (MIEM) . No ahli : M18201
  2. Ahli Persatuan Teknologi Malaysia (MTAM). No ahli : 3681
  3. Ahli Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU). No. ahli : 6817

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) 1996, 2002, 2013 dan 2015.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. Ir. HJ. DZARIF BIN YAACOB dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati tuhan.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"