Date: Rabu, September 1, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Sr RUZIMAH BINTI OTHMAN, PENGARAH PERKHIDMATAN UKUR BAHAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 SEPTEMBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan Sangkut bertempat di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan pada 20 Ogos 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1988: Juruukur Bahan Sangkut, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  2. Tahun 1988-1988: Juruukur Bahan (A18), Pusat Khidmat Kontraktor, Johor dan Melaka
  3. Tahun 1988-1999: Juruukur Bahan (J3), JKR Negeri Melaka
  4. Tahun 2000-2007: Juruukur Bahan Kanan (J48), Cawangan Bangunan Am
  5. Tahun 2007-2008: Juruukur Bahan Penguasa (J52), JKR Negeri Sembilan
  6. Tahun 2008-2011: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Bangunan Am
  7. Tahun 2011-2016: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  8. Tahun 2018: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Keselamatan
  9. Tahun 2018: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan
  10. Tahun 2019-2021: Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan (JUSA C), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  2. Berdaftar dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

b) Kelayakan Kekompetenan

  1. Pengurus Pentadbiran Kontrak – Tahap 4 (2018)

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentangan Kertas Kerja Kontrak & Penyelenggaraan di Mesyuarat Direktorat JPS – 2012
  2. Pembentangan CIPAA di Majlis Jawatankuasa Tindakan JPS Malaysia – 2016
  3. Pengenalan Kepada ‘Pre Approved Plans’ & Perolehan kepada Kerja-kerja kecil Di Bawah Kontrak Kerja.- 2016
  4. Mengendalikan Roadshow & Bengkel CIPAA di Negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan – 2017
  5. Pembentangan Sistem Pengurusan Tender di Mesyuarat Direktorat JPS- 2017

d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  2. Berdaftar dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)
  3. Ahli Persatuan Sejarah Negeri Kedah
  4. Ahli Seumur Hidup Persatuan Lawn Tennis Melaka
  5. Ahli Seumur Hidup PUSPANITA Malaysia

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Melaka 1994
  2. Bintang Khidmat Terpuji (BKT) Melaka 1999
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kerja Raya, 1995
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pengairan dan Saliran, 2014, 2017

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Sr RUZIMAH BINTI OTHMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"