Date: Selasa, Disember 1, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr. SAMIAN BIN JOHARI, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 01 DISEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (Tingkatan Biasa-Sementera) di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 16 Jun 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1997 : Pembantu Teknik (Tingkatan Biasa-Sementara), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  2. Tahun 1997 - 2003 : Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  3. Tahun 2003 - 2007 : Juruukur Bahan (J41), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  4. Tahun 2007 - 2007 : Juruukur Bahan (J44), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  5. Tahun 2007 - 2008 : Juruukur Bahan (J48-M), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  6. Tahun 2008 - 2013 : Juruukur Bahan (J48-M), Jabatan Pengairan dan Saliran
  7. Tahun 2013 - 2014 : Juruukur Bahan Kanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  8. Tahun 2014 - 2015 : Juruukur Bahan Penguasa (J52-M), Cawangan LAtihan dan Inovasi,JKR
  9. Tahun 2015 – 2017 :Juruukur Bahan Penguasa (J52-M), JKR Melaka
  10. Tahun 2017-2019 : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  11. Tahun 2019 – 2020 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  2. Berdaftar dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan;

  1. Pengurus Pentadbiran Kontrak (TAHAP 3)
  2. Pengurus Perolehan (TAHAP 3)

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Penambahbaikan Buku Pentadbiran Kontrak
  2. Ahli Jawatankuasa Penyagaman Dokumen Tender
  3. Ahli Jawatankuasa Penambahbaikan Perolehan Perunding
  4. Ahli Jawatankuasa Semakan Semula Terma Rujukan Ukur Bahan
  5. Ahli Bidang Program Pensijilan Ukur Bahan
  6. Ahli Jawatankuasa Latihan Peringkat Ketua Disiplin Ukur Bahan

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. BINTANG AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) – 2017
  2. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG – 2016
  3. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG – 2011
  4. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG – 2006

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. Sr. SAMIAN BIN JOHARI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.