Date: Rabu, Disember 14, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Hj. Asri bin Arjan, Pengarah JKR Negeri Johor yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 15 Disember 2016. 
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 22 Dis 1980 , di Cawangan Kerja Tentera. Sepanjang berkhidmat selama 36 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Kem Terendak Melaka, JKR Daerah Alor Gajah Melaka, JKR Negeri Melaka, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, JKR Negeri Sembilan, Projek Mahkamah Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Bangunan Am JKR Malaysia dan Projek Istana Negara.Antara sumbangan beliau di JKR Negeri Johor adalah dengan mewujudkan Pasukan JKR Ronda bertujuan memantau sepanjang 2300 kilometer jalan negeri di setiap daerah bagi memastikan ia diselenggara dengan baik oleh konsesi yang dilantik.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.