Date: Selasa, Februari 13, 2024

Dukacita dimaklumkan En. Ahmad Jalil bin Jaafar, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Kader di Agensi Nuklear Malaysia telah kembali kerahmatullah pada 12 Februari 2024.

Jenazah akan dimandikan di Hospital Kajang selepas post mortem pada hari ini, disolatkan di Masjid Jamek Kajang selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham

Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.