Sukacita dimaklumkan atas perakuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk mengurniakan, Darjah Kebesaran Johan Setia Makhota (J.S.M), Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N), Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N) dan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2022 kepada :
Darjah Kebesaran Johan Setia Makhota (J.S.M)
- YBrs. Ir. Rahmat bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)
- YBrs. Ir. Hajah Anisah binti Saim, Pengarah Teknikal, Bahagian Teknikal Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara
Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N)
- Encik Kamal bin Harun, Penolong Jurutera Awam, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS)
- YBrs. Sr Nurfidatul Ema binti Saaidin, Juruukur, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N)
- YBrs. Ir. Ts. Dr. Zarabizan bin Zakaria, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya
Pingat Pangkuan Negara (P.P.N)
- Puan Marziah binti Mansor, Setiausaha Pejabat, Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, CDPK
Sesungguhnya pengurniaan anugerah kebesaran ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan mereka kepada Negara dan Jabatan khususnya.
Seluruh warga JKR turut merasa bangga atas penganugerahan ini. Sekalung tahniah kepada ketiga-tiga penerima anugerah.
- 2577 bacaan