Date: Jumaat, March 31, 2017

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya (JKR) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YM Raja Ismail Bin Raja Uda, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah bersara pilihan sebagai penjawat awam pada 1 April 2017.

YM Raja Ismail Bin Raja Uda telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1981 di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau juga telah berkhidmat di Cawangan Jentera, JKR Woksyop CKM, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Kementerian Pembangunan Usahawan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Kementerian Kewangan.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Salam persaraan dan selamat maju jaya.