Date: Isnin, Februari 15, 2021

Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Blok A, JKR Negeri Perlis pada 12 Februari 2021 telah sempurna sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak secara 2 dalam 1 kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Pejabat Operasi Pusat Pemeriksaan Kastam (CEA), Kompleks ICQ, Padang Besar Perlis.

Sesi Penyerahan SST disempurnakan oleh Pengarah JKR Perlis YBrs. Tuan Syed Zubir Bin Syed Husin, selaku Pegawai Penguasa projek kepada pihak kontraktor yang berjaya iaitu Roha Contract and Supplies dengan kos kontrak berjumlah RM3,966,000.00. Tempoh pembinaan adalah selama 18 bulan dimana Tarikh Milik Tapak pada 16 Februari 2021 dan Tarikh Siap Projek pada 15 Ogos 2022.

Projek tersebut dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dimana reka bentuk projek oleh HODT Ibu Pejabat JKR dan Tender secara Lump Sum oleh JKR Negeri Perlis. Skop projek adalah seperti berikut :

  1. Satu (1) Bangunan Pemeriksaan berbumbung yang mengandungi  empat (4) bay/platform pemeriksaan termasuk satu (1) ruang menempatkan kontena sejuk beku;
  2. Satu (1) Bangunan Pejabat dengan kapasiti pegawai seramai 10 orang yang lengkap dengan kemudahan tandas, pantry, bilik simpanan dan bilik rehat;
  3. Satu (1) Stor Simpanan bagi tujuan penyimpanan barang tahanan/rampasan sementara; dan
  4. Lain-lain kerja berkaitan

Turut hadir ke sesi penyerahan SST tersebut adalah Pengarah Kastam Negeri Perlis YBrs. Tuan Haji Ibrahim Bin Tuan Man.

JKR adalah selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang bertanggungjawab memikul amanah rakyat bagi memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan, berharap agar kontraktor yang dilantik ini dapat melaksanakan projek dengan tekun dan amanah serta menyiapkan projek ini dalam tempoh masa, kualiti dan kos yang telah ditetapkan.

 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG SESI PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)

GAMBAR 1 : Pengarah JKR Negeri Perlis Menandatangani Dokumen Kontrak

 

GAMBAR 2 : Gambar Sekitar Sesi Penyerahan SST dan Dokumen Kontrak (2 in 1)

 

GAMBAR 3 : Lukisan Perspektif Projek

 

GAMBAR 4 : Lukisan Perspektif Projek

 

GAMBAR 5 : Lukisan Perspektif Projek