Date: Rabu, Oktober 12, 2016

AKRAB JKR Malaysia dengan kerjasama JKR Negeri Terengganu telah menganjurkan Program CSR (Corporate Social Responsibility) pada 7 Oktober 2016 di Rumah Anak-Anak Yatim Asrama Darul Falah, Marang, Terengganu. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan jati diri  setiap pelajar yang terlibat.

Selain itu, sumbangan berbentuk kewangan juga telah disampaikan kepada Pengetua Asrama ini. Sehubungan dengan itu,  jutaan terima kasih kepada warga JKR yang telah bermurah hati memberi sumbangan ikhlas kepada Rumah Anak-Anak Yatim Asrama Darul Falah, Marang, Terengganu. Kerjasama dan komitmen warga JKR khususnya AJK AKRAB dan JKR Terengganu dalam menjayakan program ini adalah amat dihargai.