Date: Isnin, Januari 29, 2024

Sistem JKR E-Tender (JET) telah memenangi Anugerah Inovasi oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sempena Malam Anugerah Lembaga Juruukur Bahan Malaysia yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 22 Januari 2024. Upacara penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Anugerah Inovasi ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada rekaan baru atau peningkatan kepada produk sedia ada, perkhidmatan, proses atau teknologi yang telah dibangunkan dalam tahun 2021-2022.

Tahniah diucapkan kepada Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan serta Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat atas segala usaha dan tenaga yang telah diberikan bersama bagi menghasilkan Sistem JET. Diharapkan anugerah yang diterima  ini akan terus membakar semangat semua warga kerja JKR untuk terus menghasilkan produk-produk inovasi untuk kelestarian digital dalam pembinaan.