Date: Jumaat, November 11, 2022

Barisan atlet para negara telah turun beraksi dalam Sukan Para SUKMA XX MSN 2022 yang telah berlangsung bermula 1 hingga 6 November 2022 bertempat di Kuala Lumpur. Untuk edisi kali ini, sebanyak 14 pasukan dengan lebih 1200 atlet yang telah mengambil Bahagian secara keseluruhannya. Sebanyak 10 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 294 acara.

Antara Sukan yang telah dipertandingkan adalah boccia, akuatik renang, badminton, catur, boling padang, memanah, olahraga, pingpong, power lifting dan tenpin boling.

Temasya : Para SUKMA XX MSN 2022

Tarikh : 1 hingga 6 November 2022

Cogan Kata : #DemiMalaysia

Maskot : Harimau Malaysia (OYEN)

Tempat : Sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur & Selangor)

 

Encik Mohd Noor Hafizan bin Ahmad Jais daripada Bahagian Integriti telah menyertai Sukan Para SUKMA XX MSN 2022 mewakili Negeri Johor dalam acara Boling Padang. Beliau telah berjaya merangkul PINGAT EMAS bagi acara Boling Padang Kategori Single Lelaki B2 dan turut memperoleh PINGAT PERAK bagi acara Boling Padang Kategori Regu Terbuka B2.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Encik Mohd Noor Hafizan bin Ahmad Jais serta semua kontinjen dan atlet yang telah mengambil bahagian dan meraih pingat dalam Para SUKMA 2022 kali ini.