Date: Isnin, Mei 15, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan;

  1. YBhg. Dato' Dr. Meor Ab Aziz bin Haji Osman, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, JKR Malaysia ke Gred Utama A (memangku) sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai 15 Mei 2017.
  2. YBrs. Sr Ratna binti Haji Mahyuddin, Pengarah Kanan Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, JKR Malaysia ke Gred Utama A (memangku) sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai 15 Mei 2017.

Manakala Encik Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, JKR Malaysia telah diluluskan pemangkuan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia ke Gred Utama A (memangku) sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya Malaysia mulai 15 Mei 2017.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia pada 15 Mei 2017. Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya yang baharu di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman, kewibawaan dan kepakaran yang dimiliki akan memantapkan lagi gandingan pengurusan atasan Jabatan Kerja Raya.