Date: Isnin, Mei 23, 2016
Sukacita dimaklumkan YBrs.Ir.Mohd Rahim b Kawangit dan YBrs.En.Wan Ahmad Shukiman b Wan Jaafar telah dilantik sebagai Pengarah di Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, CPAB dan Pengarah Pembinaan di Pasukan Projek Khas (Infra) JKR Malaysia berkuatkuasa 24 Mei 2016. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir.Hj Adanan b Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya di tingkat 33 Menara Kerja Raya pada petang ini, 23hb Mei 2016.
 
Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs.Ir.Mohd Rahim b Kawangit dan YBrs.En.Wan Ahmad Shukiman b Wan Jaafar di atas lantikan tersebut. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.