Date: Khamis, Februari 10, 2022

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) JKR dan Sistem Pengurusan Bersepadu(SPB)  keluaran 07 yang  disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya pada 28 Januari lalu, maka pihak Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat melalui Urusetia Bahagian Pengurusan Kualiti  telah mengorak langkah mengadakan taklimat pemakaian tersebut pada 09-10 Februari 2022  di Auditorium Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Program sepanjang 2 hari bertujuan  bagi menyampaikan maklumat yang lebih jelas dan komprehensif terhadap perubahan terkini SPB 07  di samping mendapat maklumbalas khususnya pelaksanaan SPB JKR yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP), Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ,Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) dan terkini Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR)

Tahniah dan Syabas kepada semua Pegawai yang hadir yang terdiri dari wakil  semua Cawangan dan Negeri  serta menjadi harapan semua agar  usaha murni ini terus menjadikan  JKR Malaysia cemerlang dan  menjadi nadi Pembangunan negara pada hari ini mahupun akan datang.