Date: Khamis, Ogos 24, 2017

Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Jurutera Awam Gred J41 dan J44 untuk mengisi kekosongan jawatan di PROJEK LEBUH RAYA PAN BORNEO (LPB) KUCHING, SARAWAK seperti berikut:-

Bil. Gelaran Jawatan Pinjaman dan Penempatan

Disiplin dan Gred Jawatan Pinjaman

Bilangan Kekosongan Gred Jawatan Pemohon Senarai Tugas, Syarat & Terma
1. Modeller Highway Information Modelling (HIM) Lebuhraya Pan Borneo Utara Sdn. Bhd. (LBUSB) Jurutera Awam Gred J41/J44 3 Jawatan Gred J41/J44 Sila rujuk Lampiran 1

 

Syarat dan terma  tawaran adalah seperti berikut : -

Kelayakan               : Mempunyai kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Ijazah bidang Kejuruteraan Awam diberi keutamaan)
Gred                        : J41/J44
Tempoh Pelantikan : Dua (2) Tahun
Penempatan           : Kuching, Sarawak
Waktu Bekerja        : 8 pagi - 7 malam (Isnin - Jumaat)

Pegawai dinasihati supaya membaca skop kerja dan terma pelantikan seperti di Lampiran 1 sebelum memohon.

Pegawai yang berkelayakan dan komited adalah dipohon untuk mengemaskini maklumat peribadi dalam Sistem MjKJ dan mengemukakan permohonan maklumat (surat permohonan beserta Curriculum Vitae mengikut format yang disertakan seperti di Lampiran 2) tidak lewat daripada 30 Ogos 2017 kepada :

Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Aras 30, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur

Permohonan juga boleh diemelkan kepada pejabat kami : bpsk.jkr [at] 1govuc.gov.my

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai seperti dinyatakan di bawah :

En. Muhamad Razif bin Norzali
Tel. : 03 - 2618 8654
Emel : MuhdRazif.jkr [at] 1govuc.gov.my

Ir. Waznah binti Abdul Aziz
Tel. : 03 - 2618 8652
Emel : waznah.jkr [at] 1govuc.gov.my