Date: Khamis, Januari 12, 2017

Warga JKR mengucapkan tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun, Pengarah Kanan,CPAB kerana telah dipilih sebagai Presiden Malaysian Asset & Project Management Association (MAPMA) bagi sesi 2017/2019.

Pertubuhan Pengurusan Aset dan Projek Malaysia atau The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA), telah ditubuhkan pada November 2008 dengan matlamat untuk memacu professionalisma dalam pengurusan aset dan projek di Malaysia.
 

Strategi utama adalah untuk meningkatkan dengan ketara tahap kematangan aset dan pengurusan projek dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi, keahlian profesional dan pengiktirafan antarabangsa. Sebagai sebuah organisasi yang profesional dan berdedikasi untuk kemajuan pengurusan aset dan projek, MAPMA merancang untuk memperkenalkan piawaian kecekapan dalam aset dan pengurusan projek yang ditanda aras di peringkat antarabangsa dan disesuaikan mengikut keperluan industri di Malaysia.
 

MAPMA merupakan persatuan pertama yang ditubuhkan di dalam Malaysia yang telah menerajui peningkatan kesedaran serta komitmen kerajaan di dalam bidang pengurusan aset dan fasiliti di Malaysia, di mana MAPMA telah berjaya menganjurkan National Asset and Facility Management (NAFAM) Convention selama beberapa tahun dan juga penganjuran Konvensyen Strategik Pengurusan Aset Kerajaan (KONSPAK) yang telah diadakan pada tahun 2014 yang lalu.

Semoga MAPMA terus maju dan menjadi game changer dalam bidang pengurusan aset dan projek di bawah kepimpinan YBhg. Dato'.