Date: Rabu, Oktober 6, 2021

Ziarah Mahabbah JKR Malaysia telah dirancang bagi menziarahi waris dan keluarga warga JKR Malaysia yang telah meninggal dunia akibat wabak pandemik  Covid-19.

 

Objektif Program:

Tujuan dan inisiatif program ini dilaksanakan sebagai wadah menyantuni para waris dan ahli keluarga warga JKR Malaysia yang telah kehilangan, orang yang tersayang merangkap ketua keluarga masing-masing.

Disamping itu, ia sekaligus dapat bertanya khabar, hal ehwal kebajikan dan perkembangan waris dan ahli keluarga.

Meniupkan kata-kata semangat buat waris,  menitipkan doa’ antara garapan pengisian sesi ziarah ini. Sesi ziarah diakhiri dengan penyerahan ‘Bakul Kasih JKR Prihatin’ dan sumbangan kepada para waris kakitangan JKR Malaysia telah yang meninggal dunia.

Ziarah Mahabbah ini diwakili oleh Ir. Tn. Hj. Ashlie bt. Abdul Rahim (Ketua Bahagian Sekretariat) dan Ir. Ts. Mohd Hazery Hj. Shamsi ,dari Cawangan Dasar dan Pengurusan, JKR Ibu Pejabat.

 

Program Ziarah Mahabbah

YBrs. Tn. Ir. Hj. Ibrahim b. Ahmad, Pengarah JKR Negeri Kedah, En. Muhammad Yusri Hamid, Jurutera Awam Penguasa Jalan bersama Ir. Shamsul Abd. Manaf, Jurutera Daerah Padang Terap, serta wakil CDPK telah mengadakan ziarah mahabbah JKR Malaysia pada 28 Ogos 2021 di Alor Setar, iaitu di kediaman keluarga Allahyarham Ir. Abdul Manaf bin Jaafar @Yahya, (42 tahun), Jurutera Awam Gred J44. Almarmum telah meninggalkan tiga anak masing-masing berumur 6 tahun, 8 tahun dan 10 tahun dan seorang isteri.

 

Di Pulau Pinang, YBrs. Tn. Ir. Dr. Balamurugan a/l Gopal Pengarah JKR Pulau Pinang telah menghulurkan sumbangan  kepada waris keluarga Allahyarham Mohamad Farizol b. Ibrahim (39 tahun), Penolong Jurutera Awam (J29), Bahagian Korporat, JKR Pulau Pinang. Almarhum telah  meninggalkan dua anak yang berumur  masing-masing 12 tahun dan 11 tahun serta seorang isteri.

 

Pada 22 September 2021, YBrs. Tn. Ir. Wan Hasnan b. Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, Ir. Azlina bt. Yasin, KJM JKR N. Sembilan, Ir. Abdul Hanif Bin Kamaludin, Jurutera Daerah Port Dickson  serta wakil CDPK, JKR Ibu Pejabat telah menyerahkan sumbangan ke waris keluarga warga kerja JKR Negeri Sembilan di Pejabat Jurutera Daerah Port Dickson dan CKM Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia asbab coronavirus.

 

Mendiang Kanasavy a/l Samikanoo, 54 tahun, Pemandu Kenderaan (H11)  merupakan warga kerja Pejabat Jurutera Daerah Port Dickson, telah meninggalkan dua anak berumur 21 tahun 24 tahun dan seorang isteri.

 

Ziarah Mahabbah JKR Malaysia turut berkesempatan mengunjungi keluarga Allahyarham Rizuan b. Yusof, 51 tahun, Pemandu Kenderaan (H1) di kediamannya di Kuala Pilah. Untuk makluman, Almarhum telah meninggalkan tujuh anak dan seorang isteri.

 

Setulus doa’ dipanjatkan agar semua waris dan ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan dan menempuhi perjuangan dan kelangsungan hidup.

 

Sekalung Penghargaan

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Zulkefly Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, Pengurusan JKR dan seluruh warga JKR Malaysia serta semua pihak atas keperihatinan dan doa’ buat warga JKR Malaysia yang telah meninggal dunia mahupun yang warga JKR yang sakiT dan uzur melawan wabak Covid-19 ini.

Kesinambungan usaha murni dan Ziarah Mahabbah JKR Malaysia, akan diteruskan lagi bagi mengambil cakna kebajikan, memupuk semangat kebersamaan serta menyemarakkan jalinan ukhwah fillah warga JKR Malaysia.  

In sha ALLAH.

 

Firman ALLAH SWT :

“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta  dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Surah An-Nahl : 128)

 

#JKRPrihatin2021

#ziarahMahabbahJKR2021