Dihantar oleh adminjkr pada Kha, 12/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Projek ICT J10 adalah satu projek pembangunan sistem bersepadu di atas talian yang merangkumi kitar hayat pengurusan dan penyelenggaraan aset kerajaan. Objektif utama projek ini ialah untuk mentransformasikan proses bisnes Jabatan Kerja Raya (JKR) dan seterusnya membangunkan sistem pengurusan projek dan pengurusan fasiliti berkomputer yang berintegrasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Strategik JKR 2012–2015 dalam mewujudkan organisasi yang inovatif dan memberikan kualiti penyampaian
Dihantar oleh adminjkr pada Rab, 11/12/2013 - 12:00am
Inggeris
AKRAB Cawangan Arkitek telah menganjurkan Hari AKRAB Cawangan Arkitek 2013 bertempat di Tingkat 11, Menara Tun Ismail Mohamad Ali pada 5 Disember 2013 (Khamis).
Acara yang bermula pada jam 830 pagi hingga 5 petang itu adalah bertujuan untuk memberi motivasi ke arah pembangunan potensi diri di kalangan kakitangan di Cawangan Arkitek serta memperkenalkan AKRAB Cawangan Arkitek dengan lebih dekat kepada semua warga cawangan .
Dihantar oleh adminjkr pada Jum, 06/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Semua urusan mengenai bencana akan dikendalikan oleh pihak Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ), Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan (BSFB) dan Bahagian Kejuruteraan Cerun. Untuk mendapatkan sebarang makluman mengenai bencana, sila layari laman web bencana di alamat http://bencanaalam.jkr.gov.my atau menghubungi pihak ini di talian 03-26107727.
Dihantar oleh adminjkr pada Kha, 05/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Hakiki Jurutera (Tetap) di JKR untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan Pinjaman di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti berikut:-