Dihantar oleh adminjkr pada Jum, 03/01/2014 - 12:00am
Inggeris
Tahniah diucapkan kepada Ir.Suhaizad Hj Sulaiman yang telah berjaya memenangi Silver Prize di Seoul International Invention Fair 2013 SIIF 2013 bagi penciptaan GPS PONTOON pada 2hb Disember 2013 yang lalu. Ini merupakan kemenangan kedua bagi beliau dan pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di peringkat antarabangsa selepas Anugerah Gold Medal di ITEX 2013 Kuala Lumpur.
Dihantar oleh adminjkr pada Jum, 27/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Adalah dimaklumkan bahawa, Program Penempatan Secara Silang ke Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) akan dilaksanakan pada bulan Februari 2014.Butiran lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut
Dihantar oleh adminjkr pada Rab, 18/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Berikut adalah maklumat Perjawatan, Pengisian & Kekosongan Profesional JKR Keseluruhan di Cawangan Ibu pejabat JKR, JKR Negeri dan Kader JKR bagi Bulan Disember 2013.
Dihantar oleh adminjkr pada Rab, 18/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Pada 14 Disember 2013 bertempat di Seoul Garden Hotel, Korea Selatan, pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Ir. Zarabizan Zakaria dan Dr. Syuhaida Ismail yang merupakan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah berjaya memenangi anugerah inovasi dalam bidang industri pembinaan (Construction Order of Merit) di World Inventor World Festival 2013 melalui penghasilan inovasi ‘Framework of Final Account Closing for Construction Project’.
Dihantar oleh adminjkr pada Isn, 16/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Adalah dimaklumkan bahawa, Program Penempatan Secara Silang ke Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) akan dilaksanakan pada bulan Februari 2014.Butiran lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut
Dihantar oleh adminjkr pada Jum, 13/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda beberapa buah negeri yang telah banyak merosakan harta benda mangsa banjir, satu kutipan derma Wang tunai, barangan (pakaian atau makanan kering) akan dijalankan bagi membantu meringankan beban mangsabanjir tersebut.
Sumbangan boleh diserahkan/dihantar di bilik AKRAB, KKR di aras 13, Blok B Kompleks Kerja Raya saya pada 13, 16 dan 17 Disember 2013.
Dihantar oleh adminjkr pada Jum, 13/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg.Ir.Dr.Hasnul bin Mohamad Salleh kerana telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Senggara memangku Gred Utama B bermula 16 Disember 2013. Semoga dengan pelantikan ini, ia menjadi pendorong kepada YBhg Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh untuk terus memberikan komitmen dan kecemerlangan kepada JKR
Dihantar oleh adminjkr pada Jum, 13/12/2013 - 12:00am
Inggeris
Untuk makluman, Bahagian Dasar Sumber Manusia (BDSM) telah mengedarkan Surat Setuju Terima tawaran dan Dokumen Perjanjian yang perlu dilengkapkan oleh semua pegawai CFS yang berminat untuk menyambung perkhidmatan bermula 13 Disember 2013 . Satu (1) salinan dokumen yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya untuk perhatian Encik Muhammad Jafni Muhammad Jasni (03-2771 4909)