Inggeris

Pada 14 Disember 2013
bertempat di Seoul Garden Hotel, Korea Selatan, pegawai dari Jabatan Kerja Raya
(JKR) iaitu Ir. Zarabizan Zakaria dan
Dr. Syuhaida Ismail yang merupakan
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah berjaya memenangi
anugerah inovasi dalam bidang industri pembinaan (Construction Order of Merit)
di World Inventor World Festival 2013
melalui penghasilan inovasi ‘Framework of Final Account Closing for
Construction Project’.

Kemenangan ini membuktikan
hasil penyelidikan  pegawai JKR dengan
kerjasama UTM adalah bertaraf dunia dan mampu bersaing di peringkat global.
Dimaklumkan bahawa Ir. Zarabizan Zakaria merupakan pegawai JKR yang sedang
melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di UTM
Razak School Of Engineering And Advanced Technology, Universiti Teknologi
Malaysia

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut

Related Posts