Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2019 di Negeri Pulau Pinang, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg Dato’ Sri KPKR dengan nombor rujukan (21)dlm.JKR.KPKR: 114.020.070/65 Jld.3 bertarikh 19 Oktober 2018 :
BIL | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | PENYERTAAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN (klik link) |
---|---|---|---|
1. | ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG KATEGORI: INFRASTRUKTUR | TERBUKA semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
2. | ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG KATEGORI: BANGUNAN | TERBUKA semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
3. | ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG KATEGORI: MEKANIKAL DAN ELEKTRIK | TERBUKA semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
4. | ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG KATEGORI: SUBKONTRAKTOR DILANTIK | TERBUKA semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
5. | ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG KATEGORI: PENGURUSAN TRAFIK BAGI PROJEK JALAN | WAJIB kepada semua HOPT Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia | |
6. | ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG KATEGORI: PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN | TERBUKA semua Cawangan / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera |
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan Ibu Pejabat / Negeri / Wilayah Persekutuan / JKR Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 11 Disember 2018 (Selasa).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2019 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur
03-2618 8695 / 8685 / 8682 / 8404
- 3575 bacaan