Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. HAJJAH MARIAM BINTI HAJI IBRAHIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PEJABAT PENGURUSAN PORTFOLIO (PMO), CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Januari 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Jalan pada 3 September 1983. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1) Tahun 1983 - 1992 : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk Jalan
2) Tahun 1992 - 1996 : Jurutera Awam, Caw. Pengurusan
3) Tahun 1996 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, JKR Wilayah Persekutuan KL
4) Tahun 2007 - 2008 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Keselamatan
5) Tahun 2008 – 2013 : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan
6) Tahun 2013 – 2014 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan
7) Tahun 2014 – 2016 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan
8) Tahun 2016 – 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1999, 2005 dan 2011
b) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Road Engineering Tahap 3
2. Qlassic Assessor Pegawai Kanan JKR
3. Practitioner Pengurusan Risiko Projek Fasiliti Kesihatan.
4. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Panel Temuduga Calon Cuti Belajar Peringkat Sarjana Sesi 2017/2018 Dan Sesi 2012/2013.
2. Ahli Jawatan Kuasa Akrab JKR Malaysia Sesi 2016/2017 Dan Sesi 2014/2015.
3. Ahli Jawatan Kuasa Induk Mesyuarat Jurutera Awam JKR Tahun 2016.
4. Ahli Jawatan Kuasa Induk Pelaksanaan Program Amalan EKSA Blok F Tahun 2014-2016.
5. Ahli Jawatan Kuasa Induk Seminar Cawangan Jalan Tahun 2016.
6. Ahli Jawatan Kuasa Induk Seminar Konvensyen Usahanita Binaan ( Kubina ) Tahun 2015.
7. Panel Penilai Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Kategori Pasukan Pengurusan Projek ( HOPT ) Jkr Malaysia Tahun 2015.
8. Fasilitator Penilai Pelan Transformasi Minda ( Ptm ), KKR.
9. Wakil Gantian Jawatan Kuasa Pemandu Dan Ahli Pasukan Projek Pembangunan Emergency Command Centre ( ECC ), Majlis Keselamatan Negara.
10. Panel Temuduga Wakil Jabatan Pengambilan Jawatan Jurutera Awam, J41 di Kementerian Kerja Raya.
11. Panel Temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN ), JPA Tahun 2012 Dan 2011.
12. Ahli Lembaga Perolehan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK ) Tahun 2010-2012.
13. Fasilitator Penilai Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan 1, Kementerian Kerja Raya Tahun 2007 - 2011.
14. Panel Penilai Penilaian Tahap Kecekapan ( Ptk ) Gred J48 Tk4 Tahun 2010.
15. Ahli Jawatan Kuasa Teknikal Penswastaan Pengurusan Dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan, Kementerian Kerja Raya Tahun 2000 – 2009.
16. Panel Penilai Penilaian Tahap Kecekapan ( Ptk ) Gred J44 Tk3 Tahun 2008.
17. Ahli Jawatan Kuasa Penswastaan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan, Kementerian Kerja Raya Tahun 2000.
18. Ahli Jawatan Kuasa Teknikal Lukisan Piawai Cawangan Jalan – Road Marking Tahun 1985.
d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1) Ahli Jawatan Kuasa Puspanita Cawangan Kementerian Kerja Raya Tahun 1990 – 2017.
2) Pengerusi Kebajikan Dan Ahli Seumur Hidup , Puspanita Kementerian Kerja Raya Tahun 2000 – 2017.
3) Ahli Jawatan Kuasa Program Outreach Akrab Jkr Tahun 2015.
4) Pengerusi Program IM4U Puspanita KKR Ke Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong , Selangor Tahun 2014.
5) Ahli Jawatan Kuasa Kecil Pameran 8Th Malaysian Road Conference ( MRC ) Tahun 2010.
6) Pegawai Perhubungan Bagi Menteri Luar Syria Semasa Persidangan Pertubuhan Islam Menteri – Menteri Luar Negeri ( ICFM ) Ke 27 Tahun 2000.
7) Pegawai Protokol Bagi Menteri Pengangkutan United Kingkom Semasa Persidangan Kongres Jalan Sedunia Ke Xxi Tahun 1990.
Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. HAJJAH MARIAM BINTI HAJI IBRAHIM sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagian.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 2160 bacaan