Date: Khamis, Disember 27, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. HAJJAH MARIAM BINTI HAJI IBRAHIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PEJABAT PENGURUSAN PORTFOLIO (PMO), CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Januari 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Jalan pada 3 September 1983. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
 

1) Tahun 1983 - 1992         : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk Jalan

2) Tahun 1992 - 1996         : Jurutera Awam, Caw. Pengurusan

3) Tahun 1996 - 2007         : Jurutera Awam Kanan, JKR Wilayah Persekutuan KL

4) Tahun 2007 - 2008         : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Keselamatan

5) Tahun 2008 – 2013        : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan

6) Tahun 2013 – 2014        : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan

7) Tahun 2014 – 2016        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan

8) Tahun 2016 – 2019        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan
 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
 

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1999, 2005 dan 2011


b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Road Engineering Tahap 3
2. Qlassic Assessor  Pegawai  Kanan  JKR
3. Practitioner Pengurusan  Risiko  Projek  Fasiliti  Kesihatan.
4. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
 

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Panel  Temuduga  Calon Cuti  Belajar  Peringkat  Sarjana Sesi 2017/2018 Dan Sesi  2012/2013.
2. Ahli Jawatan Kuasa  Akrab  JKR  Malaysia  Sesi 2016/2017  Dan  Sesi 2014/2015.
3. Ahli Jawatan Kuasa Induk  Mesyuarat  Jurutera  Awam  JKR  Tahun 2016.
4. Ahli Jawatan Kuasa Induk Pelaksanaan Program Amalan EKSA Blok F Tahun 2014-2016.
5. Ahli Jawatan Kuasa Induk Seminar  Cawangan  Jalan  Tahun  2016.
6. Ahli Jawatan Kuasa Induk  Seminar  Konvensyen  Usahanita  Binaan     ( Kubina ) Tahun  2015.
7. Panel Penilai Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Kategori Pasukan Pengurusan Projek ( HOPT ) Jkr Malaysia Tahun 2015.
8. Fasilitator  Penilai  Pelan  Transformasi Minda ( Ptm ), KKR.
9. Wakil  Gantian  Jawatan Kuasa  Pemandu  Dan  Ahli   Pasukan Projek  Pembangunan  Emergency  Command  Centre ( ECC ), Majlis Keselamatan Negara.
10. Panel Temuduga Wakil Jabatan Pengambilan Jawatan Jurutera Awam, J41 di Kementerian Kerja Raya.
11. Panel  Temuduga  Program  Ijazah  Luar  Negara (PILN ), JPA Tahun 2012 Dan 2011.
12. Ahli Lembaga  Perolehan  Kementerian  Perdagangan Dalam  Negeri, Koperasi  Dan  Kepenggunaan  Malaysia (KPDNKK ) Tahun 2010-2012.
13. Fasilitator  Penilai  Kursus  Induksi  Modul  Umum Kumpulan 1, Kementerian  Kerja  Raya Tahun  2007 - 2011.
14. Panel  Penilai  Penilaian Tahap  Kecekapan ( Ptk ) Gred J48 Tk4  Tahun  2010.
15. Ahli Jawatan Kuasa Teknikal Penswastaan  Pengurusan Dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama  Persekutuan, Kementerian Kerja Raya  Tahun 2000 – 2009.
16. Panel  Penilai  Penilaian  Tahap  Kecekapan ( Ptk ) Gred J44 Tk3 Tahun 2008.
17. Ahli  Jawatan Kuasa  Penswastaan  Penyenggaraan  Bangunan Gunasama  Persekutuan, Kementerian  Kerja  Raya Tahun 2000.
18. Ahli Jawatan Kuasa  Teknikal  Lukisan  Piawai  Cawangan  Jalan – Road Marking  Tahun 1985.
 

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1) Ahli  Jawatan Kuasa  Puspanita Cawangan Kementerian Kerja Raya Tahun 1990 – 2017.
2) Pengerusi  Kebajikan  Dan  Ahli  Seumur  Hidup , Puspanita Kementerian  Kerja  Raya Tahun 2000 – 2017.
3) Ahli  Jawatan Kuasa Program  Outreach  Akrab  Jkr  Tahun  2015.
4) Pengerusi  Program  IM4U  Puspanita  KKR  Ke  Rumah  Jagaan  Dan  Rawatan  Orang  Tua  Al-Ikhlas,  Pulau Meranti,  Puchong ,  Selangor Tahun 2014.
5) Ahli Jawatan Kuasa Kecil Pameran 8Th  Malaysian  Road Conference  ( MRC ) Tahun 2010.
6) Pegawai  Perhubungan  Bagi  Menteri   Luar  Syria  Semasa Persidangan  Pertubuhan Islam  Menteri – Menteri  Luar Negeri  ( ICFM ) Ke 27 Tahun 2000.
7) Pegawai  Protokol  Bagi  Menteri  Pengangkutan United Kingkom  Semasa  Persidangan  Kongres  Jalan  Sedunia  Ke Xxi Tahun 1990.
 

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. HAJJAH MARIAM BINTI HAJI IBRAHIM sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.
 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagian.
 

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.