Date: Khamis, Disember 19, 2019

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Mesyuarat Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2020 di Negeri Perak, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg Dato’ Seri KPKR dengan nombor rujukan (74)dlm.JKR.KPKR:114.020.070.65 Jld.3 bertarikh 18 Disember 2019 :

 

BIL

ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN

PENYERTAAN

MUAT TURUN

GARIS PANDUAN

1.


Anugerah Kontraktor Cemerlang

Kategori Bangunan

-   Projek RM 500 Ribu – RM 20 Juta

-   Projek Melebihi RM 20 Juta

Terbuka semua Cawangan /

JKR Wilayah Persekutuan /

JKR Negeri / JKR Daerah / 

Unit JKR KESEDAR

 

 

 

LAMPIRAN A

2.

Anugerah Kontraktor Cemerlang

Kategori Infrastruktur

-   Projek RM 500 Ribu – RM 20 Juta

-   Projek Melebihi RM 20 Juta

 

Terbuka semua Cawangan /

JKR Wilayah Persekutuan /

JKR Negeri / JKR Daerah /

Unit JKR KESEDAR

 

 

 

LAMPIRAN B

3.

Anugerah Kontraktor Cemerlang

Kategori Mekanikal/Elektrik

 

Terbuka semua Cawangan /

JKR Wilayah Persekutuan /

JKR Negeri / JKR Daerah /

Unit JKR KESEDAR

LAMPIRAN C

4

Anugerah Kontraktor Cemerlang

Kategori SubKontraktor Dilantik

 

Terbuka semua Cawangan /

JKR Wilayah Persekutuan /

JKR Negeri / JKR Daerah /

Unit JKR KESEDAR

 

 

LAMPIRAN D

5

Anugerah Kontraktor Cemerlang

Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan

Terbuka semua Cawangan /

JKR Wilayah Persekutuan /

JKR Negeri / JKR Daerah /

Unit JKR KESEDAR

LAMPIRAN E

6

Anugerah Kontraktor Cemerlang

Kategori Pengurusan Trafik Di Tapak Bina Bagi Projek Jalan

 

WAJIB kepada semua HOPT Cawangan Jalan

 

LAMPIRAN F

 


Sehubungan itu, semua JKR Cawangan Ibu Pejabat/ Negeri/ Wilayah Persekutuan/ JKR KESEDAR dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara atas talian di eanugerah.jkr.gov.my (link is external) sahaja. Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 17 Januari 2020 (Jumaat).

Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2020 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Anugerah
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat