Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN NIK NORIHAN BINTI NIK HASSAN, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 JANUARI 2021.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik (J3) di Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 September 1993. Sepanjang 28 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
- Tahun 1993 : Jurutera Elektrik (J3), Kementerian Pendidikan Malaysia
- Tahun 2001 : Jurutera Elektrik (J3), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Negeri Terengganu
- Tahun 2009 : Jurutera Elektrik Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Negeri Kelantan
- Tahun 2017 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54-M), JKR Negeri Kelantan
- Tahun 2018 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 1
- Tahun 2019: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan KErja Bangunan Am 2
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;
a) Kelayakan Profesional
- Berdaftar dengan Lembaga Jurutera sebagai Graduate Engineer
b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Jawatankuasa Buletin CKBA 2 Pengerusi
- Jawatankuasa Buletin CKBA 1 Pengerusi
- Jawatankuasa Teknikal ICT Ahli
- Jawatankuasa Penilaian Perunding CKE Ahli
- Penggubalan Pelan Strategik JKR 2021-2025 Ahli Bengkel
- Knowledge Manager Lantikan KPKR
- Pegawai Integriti Lantikan KPKR
- Penyelaras SPB Peringkat Cawangan
- Jawatankuasa Hari Profesion Negara 2019 AJK Kecil
c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- PUSPANITA Ahli Seumur Hidup
- PUSPANITA Naib Pengerusi Puspanita JKR Kelantan
- PIBG SK Tg Bariah< K Terengganu AJK
- PIBG SMK Kedai Buloh, KB, Kelantan AJK
- Kelab Sukan dan Kebajikan CKE Kelantan YDP
- Kelab Sukan dan Kebajikan CKBA 2 Setiausaha
- Sukan JKR Pemain Badminton, Ping Pong Wakil CKE Terengganu, JKR Terengganu dan CKE Kelantan.
d) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC Tahun 2009
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan PUAN NIK NORIHAN BINTI NIK HASSAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1451 bacaan