Date: Jumaat, Januari 15, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN NIK NORIHAN BINTI NIK HASSAN, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 JANUARI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik (J3) di Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 September 1993. Sepanjang 28 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1993 : Jurutera Elektrik (J3), Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Tahun 2001 : Jurutera Elektrik (J3), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Negeri Terengganu
  3. Tahun 2009 : Jurutera Elektrik Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Negeri Kelantan
  4. Tahun 2017 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54-M), JKR Negeri Kelantan
  5. Tahun 2018 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 1
  6. Tahun 2019: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan KErja Bangunan Am 2

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera sebagai Graduate Engineer

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Buletin CKBA 2                                     Pengerusi
  2. Jawatankuasa Buletin CKBA 1                                     Pengerusi
  3. Jawatankuasa Teknikal ICT                                         Ahli
  4. Jawatankuasa Penilaian Perunding     CKE                 Ahli
  5. Penggubalan Pelan Strategik JKR 2021-2025             Ahli Bengkel
  6. Knowledge Manager                                                    Lantikan KPKR
  7. Pegawai Integriti                                                          Lantikan KPKR
  8. Penyelaras SPB                                                           Peringkat Cawangan
  9. Jawatankuasa Hari Profesion Negara 2019                 AJK Kecil

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. PUSPANITA                                                     Ahli Seumur Hidup
  2. PUSPANITA                                                     Naib Pengerusi Puspanita JKR Kelantan
  3. PIBG SK Tg Bariah< K Terengganu                AJK
  4. PIBG SMK Kedai Buloh, KB, Kelantan             AJK
  5. Kelab Sukan dan Kebajikan CKE Kelantan      YDP
  6. Kelab Sukan dan Kebajikan CKBA 2                Setiausaha
  7. Sukan JKR                                                       Pemain Badminton, Ping Pong Wakil CKE Terengganu, JKR Terengganu dan CKE Kelantan.

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC Tahun 2009

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan PUAN NIK NORIHAN BINTI NIK HASSAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.