Ke Arah Pensijilan ISO 37001 Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR)
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia kini telah melangkah setapak lagi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah di JKR Malaysia bertujuan untuk mencegah rasuah dan meminimakan risiko rasuah di kalangan kakitangan JKR, pemegang taruh dan rakan niaga dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi keunggulan pembangunan infrastruktur negara.
Sebagai permulaan, skop SPAR melibatkan Pengurusan Projek Persekutuan yang jumlah kos melebihi RM500 ribu meliputi perolehan dan perkhidmatan sokongan. SPAR dilaksanakan di semua Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan dua (2) Negeri terpilih iaitu JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JKR Negeri Sembilan.
Rakan niaga iaitu Kontraktor, pembekal dan perunding hendaklah turut menyokong dan memastikan pematuhan SPAR ini dilaksanakan dan dipatuhi termasuk di syarikat/ organisasi masing-masing bagi menjamin persekitaran kerja yang bebas rasuah serta dapat memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, jasa baik YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/Puan serta warga JKR adalah dipohon agar dapat bersedia dalam menghadapi Audit Stage 2 oleh pihak auditor SIRIM yang dijangka pada bulan Ogos 2022.
Untuk maklumat lanjut berkenaan SPAR, sila klik link ini: Dokumen Integriti
- 1738 bacaan