Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi KKR dan Agensi Tahun 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2022, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk / Dato’ / /Datin / Tuan / Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg. Dato’ KPKR dengan nombor rujukan (15) dlm.JKR.KPKR:114.020.070/070/1 Jld.12 bertarikh 12 Mei 2022:
BIL | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | PENYERTAAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN |
---|---|---|---|
1. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN JKR DAERAH TERBAIK | WAJIB kepada semua JKR Negeri mengemukakan pencalonan |
|
2. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEJABAT TERBAIK | WAJIB kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR/ CREaTE / JKR Wilayah Persekutuan | |
3. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK KATEGORI: PROJEK RM500 RIBU - RM 20 JUTA | TERBUKA kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / Pasukan Projek Khas / Pejabat Jurutera Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
4. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK KATEGORI: PROJEK > RM 20 JUTA | TERBUKA kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / Pasukan Projek Khas / Pejabat Jurutera Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
5 | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PROJEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TERBAIK | TERTUTUP Penyertaan adalah berdasarkan keputusan penilaian Audit Dalaman SPKKP (SPOSH) oleh Urus Setia Induk KKP JKR Malaysia |
Sehubungan itu, semua Cawangan Ibu Pejabat JKR/ Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ Pasukan Projek Khas/ Pejabat Jurutera Daerah/ Unit JKR KESEDAR/ Unit JKR Tentera dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di eanugerah.jkr.gov.my (link is external) sahaja. Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 8 Julai 2022 (Jumaat).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur
03-2618 8695 / 8464 / 8682 / 8404
- 1091 bacaan