Date: Khamis, Mei 12, 2022

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi KKR dan Agensi Tahun 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2022, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk / Dato’ / /Datin / Tuan / Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg. Dato’ KPKR dengan nombor rujukan (15) dlm.JKR.KPKR:114.020.070/070/1 Jld.12 bertarikh 12 Mei 2022:

 

BIL

ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN

PENYERTAAN

MUAT TURUN

GARIS PANDUAN

1.

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN JKR DAERAH TERBAIK

WAJIB kepada semua JKR Negeri mengemukakan pencalonan

 

 

 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN

 

2.

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEJABAT TERBAIK

WAJIB kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR/ CREaTE / JKR Wilayah Persekutuan

3.

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK

KATEGORI: PROJEK RM500 RIBU - RM 20 JUTA

TERBUKA kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / Pasukan Projek Khas / Pejabat Jurutera Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera

4.

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK

KATEGORI: PROJEK > RM 20 JUTA

TERBUKA kepada semua Cawangan Ibu Pejabat JKR / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / Pasukan Projek Khas / Pejabat Jurutera Daerah / Unit JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera

5

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PROJEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TERBAIK

TERTUTUP

Penyertaan adalah berdasarkan keputusan penilaian Audit Dalaman SPKKP (SPOSH) oleh Urus Setia Induk KKP JKR Malaysia

 

Sehubungan itu, semua Cawangan Ibu Pejabat JKR/ Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ Pasukan Projek Khas/ Pejabat Jurutera Daerah/ Unit JKR KESEDAR/ Unit JKR Tentera dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di eanugerah.jkr.gov.my (link is external) sahaja. Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 8 Julai 2022 (Jumaat).

 

Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Urus Setia Anugerah JKR Malaysia

Bahagian Pengurusan Kualiti

Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat

Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)

Ibu Pejabat JKR Malaysia

50480 Kuala Lumpur

 

03-2618 8695 / 8464 / 8682 / 8404