17 November 2022 – Majlis Penyerahan dokumen Handbook Jurutera Daerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman (Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Masri Bin Baharuddin (Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat) kepada semua Jurutera Daerah melalui wakil Majlis Tindakan Jurutera Daerah negeri masing-masing.
Penerbitan buat julung kalinya ini secara tidak langsung telah memberikan satu panduan yang berguna khususnya kepada Jurutera Daerah dan pegawainya memahami tugas dan tanggungjawap mereka sebagai duta JKR dalam merealisasikan visi dan misi jabatan sejajar dengan keperluan rakyat pada masa kini. Sekaligus ianya dapat meningkatkan kredibiliti tugas Jurutera Daerah dalam tadbir urus yang beretika, profesional dan mampan.
Semoga panduan Handbook Jurutera Daerah ini akan menjadi dokumen sokongan yang konklusif kepada semua warga kerja JKR Malaysia dalam melaksanakan kerja berasaskan kualiti penyampaian dan perkhidmatan yang lebih teratur dan efektif .
- 1298 bacaan