Date: Jumaat, November 25, 2022

17 November 2022 – Majlis Penyerahan dokumen Handbook Jurutera Daerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman (Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Masri Bin Baharuddin​ (Pengarah Cawangan  Dasar dan Pengurusan Korporat) kepada semua Jurutera Daerah melalui wakil Majlis Tindakan Jurutera Daerah negeri masing-masing.

Penerbitan buat julung kalinya ini secara tidak langsung telah memberikan satu panduan yang berguna khususnya kepada Jurutera Daerah dan pegawainya memahami tugas dan tanggungjawap mereka sebagai duta JKR  dalam merealisasikan visi dan misi jabatan sejajar dengan keperluan rakyat pada masa kini. Sekaligus ianya dapat  meningkatkan kredibiliti tugas  Jurutera Daerah dalam tadbir urus yang beretika, profesional dan mampan.

Semoga panduan Handbook Jurutera Daerah  ini akan menjadi dokumen sokongan yang konklusif  kepada semua warga kerja JKR Malaysia dalam melaksanakan kerja berasaskan  kualiti penyampaian dan perkhidmatan yang lebih teratur dan efektif .