(Klik link ini untuk ucaptama KPKR)
Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) Tahun 2023 bertemakan “MEMACU PEMBANGUNAN NEGARA MADANI” diadakan pada 11-13 Julai 2023, bertempat di Hotel Hatten, Melaka. Tema yang dipilih ini adalah bertepatan dengan Era 'Norma Baharu' Pasca Pandemik yang penuh cabaran dan menepati aspirasi kerajaan untuk membangun Malaysia MADANI.
Persidangan yang bermula pada 11 Julai dan dijadualkan berakhir pada 13 Julai 2023 melibatkan penyertaan seramai 420 orang pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera Daerah, Pegawai Kader yang mengetuai cawangan, bahagian dan unit dari seluruh negara.
Objektif utama penganjuran persidangan tahunan ini adalah:
- Merangka semula strategi hasil maklumbalas semua pihak (dalam dan luar) untuk menangani isu yang melibatkan pembangunan dan pembaikan infrastruktur di dalam negara.
- Menyediakan forum bagi Pengurusan Atasan berkomunikasi dengan Pegawai Kanan JKR berhubung visi, misi dan objektif jabatan, di samping menyuarakan pandangan dan pendapat secara kolektif serta mewujudkan hubungan kerjasama dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme demi mencapai kecemerlangan penyampaian jabatan, dan;
- Menggariskan persediaan kepada jabatan dalam menghadapi cabaran isu-isu terkini terutama melibatkan penyenggaraan dan pembinaan di era endemik.
HARI PERTAMA / 11 JULAI 2023
Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia dimulakan dengan Ucapan aluan YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah JKR Negeri Melaka selaku tuan rumah SOC tahun 2023, disusuli dengan ucapan dari YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulan Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexender Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya dan YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya.
Aturcara majlis diteruskan dengan sesi penyampaian Anugerah Kontraktor Cemerlang Tahun 2023 yang disampaikan oleh YB Dato Sri Alexender Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya. Berikut adalah senarai penerima Anugerah Kontraktor Cemerlang Tahun 2023:
Majlis diteruskan dengan sesi Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) seperti berikut:
- Dokumen Projek Kerjasama Di Antara Jabatan Kerja Raya dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) – CDPK;
- Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Jabatan Kerja Raya dan Universiti Sains Malaysia- CKAS; dan
- Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Petronas dan JKR Berkaitan Penyelidikan – CREaTE
Seterusnya pada jam 2.30 petang, majlis diteruskan lagi dengan ucaptama YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Setelah selesai sesi ucaptama YBhg. Ketua Pengarah Kerja Raya, sesi Pembentangan dimulakan oleh YBrs. Tuan Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan seterusnya Bicara Inovasi: Kejayaan Daya Cipta JKR oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Tuan Suhaimi bin Salleh (CREaTE, JKR).
(Klik link ini untuk ucaptama KPKR)
Pada jam 4.30 petang, majlis diteruskan dengan sesi Penyampaian Anugerah Inovasi JKR Malaysia Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulan Rasool, Ketua pengarah Kerja Raya Malaysia. Penerima Anugerah Inovasi JKR Malaysia Tahun 2023 adalah seperti berikut:
Majlis berakhir setelah selesai sesi penyampian Penerima Anugerah Inovasi JKR Malaysia. Persidangan bersambung pada hari Rabu, 12 Julai 2023.
HARI KEDUA/ 12 JULAI 2023
Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2023 untuk hari kedua (2) dimulakan dengan Pembentangan Kertas Kerja. Moderator bagi sesi pembentangan ialah YBrs. Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @ Ya. Sebanyak tiga (3) kertas kerja telah dibentangkan iaitu:
Kertas Kerja 1 : Kepentingan Pengurusan Berkesan Dalam Menentukan Kejayaan Projek
Pembentang : YBrs. Ir. Maria binti Marcus (CKS, JKR)
Kertas Kerja 2 : Projek HTJ: Isu dan Cabaran Menaiktaraf “Live” Hospital
Pembentang : YBrs. Ir. Hj. Zamri bin Mat Kasim (PPK1, JKR)
Kertas Kerja 3 : Kualiti Pembinaan Jalan Raya Daripada Perspektif Pengurusan Projek Semasa Peringkat Perancangan, Rekabentuk dan Pembinaan.
Pembentang : YBrs. Ir. Siti Norleha binti Rasid (CJ, JKR)
Sesi pembentangan diteruskan pada jam 2.30 petang. Moderator bagi sesi pembentangan ialah YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat. Sebanyak tiga (3) kertas kerja trelah dibentangkan iaitu:
Pembentang : YBrs. Sr Dr. Wan Azlina binti Ibrahim (CKUB, JKR)
Kertas Kerja 5 : Perkongsian Dari Jabatan Audit Negara (JAN) Seiring dengan Tema SOC 2023- Memacu Pembangunan Negara Madani.
Pembentang : YBrs. Ir. Azizah binti Kassim (JAN)
Kerta Kerja 6 : Why Should JKR and UTHM continue to collaborate? What are the benefits?
Pembentang : YBrs. Ir. Ts. Dr. Rahab inti Abd Rahman (UTHM)
Sesi pembentangan kertas kerja berakhir pada jam 4.30 petang. Persidangan Pegawai Kanan (SOC) bersambung pada hari Rabu, 13 Julai 2023.
HARI KETIGA/ 13 JULAI 2023
Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2023 untuk hari ketiga (3) dimulakan dengan Sesi Penggulungan Bersama Pengurusan Atasan. Seterusnya sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada Tuan Rumah SOC 2023 oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah JKR Melaka.
Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2023 di akhiri dengan Sesi Penyampian Sijil Watikah untuk Tuan Rumah SOC 2024 kepada YBrs. Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir, Pengarah JKR Negeri Selangor.
Jumpa lagi di Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2024 di Negeri Selangor.
- 3267 bacaan