Date: Selasa, April 29, 2025

23-24 April 2025 (Rabu-Khamis) – Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE) dengan kerjasama Pertubuhan BIM Malaysia (PBM) dan Autodesk telah mengadakan Program JKR BIM TRAiL 2025 Zon Sarawak bertempat di JKR Sarawak Research Centre, Kuching.

Program berkonsepkan ‘Training and Lectures’ (TRAiL) ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman para pegawai JKR Malaysia, kontraktor dan perunding yang sedang terlibat dalam pelaksanaan lima (5) projek BIM JKR di peringkat pasca kontrak. Selain itu, wakil JKR Sarawak juga turut dijemput sebagai peserta program bagi memberi pendedahan tentang kaedah pelaksanaan BIM dalam projek.

Program yang diadakan selama dua (2) hari ini merangkumi sesi taklimat keperluan teknikal dan kontrak, klinik BIM dan bengkel aplikasi perisian secara hands on untuk projek-projek JKR di Sarawak yang sedang dilaksanakan secara BIM. Secara keseluruhannya, program ini telah mencatatkan rekod kehadiran seramai 81 orang peserta. Penghargaan juga turut diberikan kepada pihak JKR Sarawak yang menyediakan kemudahan dan fasiliti program di JKR Sarawak Research Centre.

Program dan tenaga pengajar yang terlibat adalah seperti berikut:

HARI PERTAMA: 23 APRIL 2025 (RABU)

SESI PAGI: AUDITORIUM JKR SARAWAK RESEARCH CENTRE

Pra-Pelancaran “BIM Manufacturer Component” yang dibangunkan oleh PBM dan TeknovasiX.

Disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit BIM Bahagian Pengurusan Projek Kompleks disaksikan oleh YBrs. Ir. Norzahamawatty binti Md Desa, Wakil Pengarah PPK2; YBrs. Ir. Ts Chin Lin Wei, Ketua Unit BIM, JKR Sarawak dan YBrs. Muhammad Iyas bin Mahzan, Setiausaha PBM.

Inisiatif Pelaksanaan BIM dalam Industri Pembinaan (CIDB)

Penceramah: En. Mohd Habiel bin Ahmad, Wakil CIDB Malaysia

Pelaksanaan projek secara BIM: Proses Kerja BIM, Peranan dan Tanggungjawab

Penceramah: Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai

Pelaksanaan projek secara BIM: Keperluan BIM dalam Kontrak

Penceramah:Pn.Suwaibah binti Besah

BIM Technology Update’

Penceramah: Timothy Sin, Pertubuhan BIM Malaysia

SESI PETANG: BILIK SEMINAR 3 DAN BILIK SEMINAR 2 JKR SARAWAK RESEARCH CENTRE

Klinik BIM: Platform Perkongsian Data & BIM Project Execution Plan bagi Projek SMK Luar Bandar Miri, Subis dan Bare Base TUDM di Lapangan Terbang Bintulu.

Penceramah:Ts. Zainariah binti Zainal Abidin

Fasilitator:

  1. Norhaslinda binti Mohd Sarif
  2. Ir. Mohd Azizi bin Ya Habib

Klinik BIM: Platform Perkongsian Data & BIM Project Execution Plan bagi Projek SMK Dudong Sibu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga dan RKAT SOC3 TUDM Kota Samarahan.

Penceramah:

Ir. Ahmad Syukri bin Bukhari

Fasilitator:

  1. Nor Fadzlina binti Amari
  2. Ruzaireen binti Kamaruzaman

HARI KEDUA: 24 APRIL 2025 (KHAMIS)

SESI PAGI: SEMINAR 3, DIGITAL LAB & CONFERENCE ROOM

Bengkel BIM Arkitek

Penceramah: Ruzaireen binti Kamaruzaman

Bengkel BIM Elektrik

Penceramah: Ir. Ahmad Syukri bin Bukhari

Bengkel BIM Struktur

Penceramah: Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai

SESI PETANG: SEMINAR 3, DIGITAL LAB & CONFERENCE ROOM

Bengkel BIM Sivil

Penceramah: Ts. Zainariah binti Zainal Abidin

Bengkel BIM Mekanikal

Penceramah: Nor Fadzlina binti Amari

Bengkel BIM Koordinasi

Penceramah: Norhaslinda binti Mohd Sarif|


Diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat memberi impak positif dalam usaha menormalisasikan ekosistem adaptasi BIM dalam pelaksanaan projek JKR serta dapat meningkatkan tahap kompetensi BIM di kalangan para pegawai JKR, kontraktor dan perunding.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat