23-24 April 2025 (Rabu-Khamis) – Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE) dengan kerjasama Pertubuhan BIM Malaysia (PBM) dan Autodesk telah mengadakan Program JKR BIM TRAiL 2025 Zon Sarawak bertempat di JKR Sarawak Research Centre, Kuching.
Program berkonsepkan ‘Training and Lectures’ (TRAiL) ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman para pegawai JKR Malaysia, kontraktor dan perunding yang sedang terlibat dalam pelaksanaan lima (5) projek BIM JKR di peringkat pasca kontrak. Selain itu, wakil JKR Sarawak juga turut dijemput sebagai peserta program bagi memberi pendedahan tentang kaedah pelaksanaan BIM dalam projek.
Program yang diadakan selama dua (2) hari ini merangkumi sesi taklimat keperluan teknikal dan kontrak, klinik BIM dan bengkel aplikasi perisian secara hands on untuk projek-projek JKR di Sarawak yang sedang dilaksanakan secara BIM. Secara keseluruhannya, program ini telah mencatatkan rekod kehadiran seramai 81 orang peserta. Penghargaan juga turut diberikan kepada pihak JKR Sarawak yang menyediakan kemudahan dan fasiliti program di JKR Sarawak Research Centre.
Program dan tenaga pengajar yang terlibat adalah seperti berikut:
HARI PERTAMA: 23 APRIL 2025 (RABU) | |
SESI PAGI: AUDITORIUM JKR SARAWAK RESEARCH CENTRE | |
Pra-Pelancaran “BIM Manufacturer Component” yang dibangunkan oleh PBM dan TeknovasiX. | Disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit BIM Bahagian Pengurusan Projek Kompleks disaksikan oleh YBrs. Ir. Norzahamawatty binti Md Desa, Wakil Pengarah PPK2; YBrs. Ir. Ts Chin Lin Wei, Ketua Unit BIM, JKR Sarawak dan YBrs. Muhammad Iyas bin Mahzan, Setiausaha PBM. |
Inisiatif Pelaksanaan BIM dalam Industri Pembinaan (CIDB) | Penceramah: En. Mohd Habiel bin Ahmad, Wakil CIDB Malaysia |
Pelaksanaan projek secara BIM: Proses Kerja BIM, Peranan dan Tanggungjawab | Penceramah: Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai |
Pelaksanaan projek secara BIM: Keperluan BIM dalam Kontrak | Penceramah:Pn.Suwaibah binti Besah |
BIM Technology Update’ | Penceramah: Timothy Sin, Pertubuhan BIM Malaysia |
SESI PETANG: BILIK SEMINAR 3 DAN BILIK SEMINAR 2 JKR SARAWAK RESEARCH CENTRE | |
Klinik BIM: Platform Perkongsian Data & BIM Project Execution Plan bagi Projek SMK Luar Bandar Miri, Subis dan Bare Base TUDM di Lapangan Terbang Bintulu. | Penceramah:Ts. Zainariah binti Zainal Abidin Fasilitator:
|
Klinik BIM: Platform Perkongsian Data & BIM Project Execution Plan bagi Projek SMK Dudong Sibu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga dan RKAT SOC3 TUDM Kota Samarahan. | Penceramah: Ir. Ahmad Syukri bin Bukhari Fasilitator:
|
HARI KEDUA: 24 APRIL 2025 (KHAMIS) | |
SESI PAGI: SEMINAR 3, DIGITAL LAB & CONFERENCE ROOM | |
Bengkel BIM Arkitek | Penceramah: Ruzaireen binti Kamaruzaman |
Bengkel BIM Elektrik | Penceramah: Ir. Ahmad Syukri bin Bukhari |
Bengkel BIM Struktur | Penceramah: Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai |
SESI PETANG: SEMINAR 3, DIGITAL LAB & CONFERENCE ROOM | |
Bengkel BIM Sivil | Penceramah: Ts. Zainariah binti Zainal Abidin |
Bengkel BIM Mekanikal | Penceramah: Nor Fadzlina binti Amari |
Bengkel BIM Koordinasi | Penceramah: Norhaslinda binti Mohd Sarif| |
Diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat memberi impak positif dalam usaha menormalisasikan ekosistem adaptasi BIM dalam pelaksanaan projek JKR serta dapat meningkatkan tahap kompetensi BIM di kalangan para pegawai JKR, kontraktor dan perunding.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 168 bacaan