Inggeris
Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Fadillah Yusof telah menyerahkan Hospital Shah Alam secara rasmi kepada Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada hari ni pada Majlis Penyerahan yang berlangsung di Hospital Shah Alam pada pagi tadi (4 Ogos 2015). Majlis turut dihadiri oleh  Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Zohari bin Hj Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan,  YBhg. Datuk Dr. Chen Chaw Min, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah serta wakil dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Projek Hospital Shah Alam dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh kontraktor penyiap Gadang Engineering Sdn. Bhd. Projek ini telah mula dibina pada 19 Oktober 2011 dan berjaya disiapkan pada 30 Jun 2015. Kos pembinaan projek ini adalah sebanyak RM 410.87 juta. Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) bangunan adalah selama 2 tahun.
 
Hospital ini telah direkabentuk untuk 300 katil pesakit (expandable to 500 beds) bagi memberikan 14 perkhidmatan kepakaran bagi rakyat sekitar Lembah Klang khususnya Shah Alam. Skop kerja pembangunan Hospital Shah Alam meliputi perkhidmatan kepakaran seperti General Medicine; General Surgery; Pediatrics; Obstetrics & Gynecology; Anesthesiology; Rehabilitation (Physiotherapy & Occupational Therapy); Orthopedics; Pathology; Diagnostic & Imaging; Otorhinolaryngology; Ophthalmology; Emergency & Trauma services; Oral Surgery; and Pediatrics Dental Surgery.
 
Bangunan Utama Hospital Shah Alam turut dilengkapi dengan 10 buah operation theater (OT), sebuah auditorium yang boleh memuatkan 244 orang, Wad Diraja, VVIP Wad, VIP Wad serta Wad-Wad lain untuk kemudahan pesakit. Pembekalan medical equipment, non-medical equipment, loose furniture, kenderaan dan ambulans serta penyelenggaraan untuk tempoh 24 bulan selepas projek siap adalah sebahagian daripada skop Kontrak ini.
 
Selain itu, Hospital Shah Alam turut menyediakan kemudahan kepada kakitangan hospital merangkumi kuarters, nurses hostel dan housemen yang berjumlah 312 unit. Bagi kemudahan tempat letak kenderaan pula, Hospital Shah Alam telah menyediakan sebanyak 1,261 unit tempat letak kereta (mengikut pecahan: 938 unit di Hospital dan  323 unit di Kuarters) dan 561 unit tempat letak motosikal disediakan. Bilangan keseluruhan tempat meletak kenderaan yang disediakan ini adalah melebihi daripada jumlah minimum yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. 
 
Dalam pada itu, bangunan Hospital Shah Alam turut menerapkan ciri-ciri rekabentuk moden dengan mengekalkan motif Shah Alam sebagai Bandaraya Anggerik. Bagi rekabentuk struktur pula, ianya mengambilkira elemen keselamatan untuk faktor gegaran (seismic design). Walaupun menggunakan sistem pembinaan konvensional, Hospital Shah Alam telah memperolehi skor sebanyak 52% bagi penggunaan komponen IBS. Selain itu, bangunan Hospital Shah Alam lulus dalam kriteria awal penarafan hijau mengikut syarat-syarat US Green Building Certification Program – Best In Class Building Strategies and Practices (LEED Ver.2 For New Construction). Pengemukaan untuk penarafan Green Building Certification di peringkat antarabangsa untuk Hospital Shah Alam ini telah dibuat ke US Green Building Council (USGBC).
 
JKR sebagai agensi pelaksana telah bertungkus lumus dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pelaksanaan projek HSA ini. Kejayaan menyiapkan Hospital Shah Alam lengkapi dengan  peralatan perubatan antara lain adalah kerana kewujudan pasukan khas yang lengkap iaitu: 
 
(i)Pasukan Projek Hospital Shah Alam, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR yang merangkumi semua disiplin khusus iaitu Unit Pengurusan Projek dan Unit Teknikal;
(ii)Pasukan Unit Core Team HSA, Bahagian Perancangan KKM dan Bahagian Pembangunan KKM; 
(iii)Pasukan Kontraktor yang mempunyai semangat kental, berpengalaman membina Hospital dan mempunyai sumber yang mencukupi. Dan pasukan perunding yang telah memberi komitmen dalam bidang masing-masing.
 
Dalam usaha untuk menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan, elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina amat dititik beratkan oleh pihak JKR dan juga Kontraktor. Pihak kontraktor telah berjaya mencapai lima (5) juta jam masa bekerja tanpa kemalangan atau Lost Time Injuries (LTI) pada 31 Mac 2015. Kejayaan sebegini amat membanggakan di mana bukan sahaja projek ini disiapkan malah tiada sebarang kecederaan berlaku kepada para pekerja yang menyebabkan projek dihentikan sepanjang tempoh pembinaan tersebut.
 
Walaupun banyak cabaran yang dihadapi oleh JKR dan KKM semasa penyiapan Hospital Shah Alam ini termasuk beberapa kali menjawab sesi pertanyaan di Parlimen, melalui Audit Pengurusan dan Pembinaan oleh Jabatan Audit Negara sebagaimana yang dikeluarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 3/2013, pembentangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2 Mei 2015, namun alhamdullilah semua cabaran yang dihadapi tersebut telah dapat diatasi dengan baik dan jayanya. 
 
Dengan kesungguhan dan pemantauan rapi oleh pasukan projek menyiapkan Hospital Shah Alam yang dilengkapi dengan 95 Pakej peralatan perubatan melibatkan keseluruhan pembekalan peralatan berkaitan hospital sebanyak 17,658 unit peralatan untuk pengoperasian hospital dan juga telah menjalankan pemeriksaan bilik ke bilik melebihi 2,400 buah bilik bersama JKR/KKM, Hospital Shah Alam telah dapat disiapkan dengan jayanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts