MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT DISIPLIN AWAM JKR 2015
Majlis Perasmian Mesyuarat Majlis dimulakan pada jam Intipati ucapan Ketua Disiplin Awam YBhg Dato’ menyatakan bahawa Mesyuarat Jurutera Awam ini bermula pada tahun 2009 dan pada Mesyuarat Jurutera Awam Tahun 2015 ini Jawatankuasa Disiplin Awam akan membentangkan hasil Pencapaian Pelan Bisnes Disiplin Awam 2013-2015. Sehubungan dengan itu juga, mesyuarat ini juga akan ‘brainstorm’ dan merangka Pembangunan Pelan Bisnes Awam untuk tahun 2016-2018. Turut ditekankan perlunya peningkatan kompentensi oleh Jurutera Awam dimasa hadapan dengan penambahan elemen Inovasi. Sasaran telah ditetapkan untuk Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Ucapan Perasmian oleh YBhg Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Intipati ucapan KPKR; Mengikut sejarah, asas penubuhan JKR bermula dgn kejuruteraan awam. Dari awal penubuhan JKR tlah memainkan peranan yang signifikan dalam penyediaan infrastruktur; jalanraya dan juga keretapi. Landskap industri pembangunan terus maju dan JKR dipertanggungjawab untuk menerajui pembangunan negara dari pembinaan yang Penekanan kpd kompetensi perlu disegarkan kembali. Selepas peperiksaan PTK dimansuhkan, semangat pembelajaran telah menurun. Ini perlu dinaikkan semula supaya semangat dahagakan ilmu terus menjadi ciri teras JKR. Kita juga perlu menjadi pengurus projek yang benar-benar kompeten dalam pengurusan dan bukan hanya setakat takuk 'administrator' sahaja. RMK10 hampir melabuh tirai dan RMK11 yang merupakan pecutan akhir Negara untuk ke Wawasan 2020 akan tiba. Tanggungjawab sebagai jurutera awam amat diperlukan kerana beberapa projek mega telah diisytiharkan oleh Kerajaan. JKR perlu berfikir di luar kotak dan 2-3 langkah ke hadapan untuk menghadapi cabaran.. JKR mempunyai hampir 3,800 professional tetapi masih menghadapi masaalah dan gagal diterjemah dalam bentuk pencapaian Sudah sampai masanya fokus diberikan kepada pembangunan modal insan yang kompeten, berintegriti, inovatif, kreatif dan mempuynyai `interpersonal skill' yang tinggi. Statistik Ogos 2015 menunjukkan lebih 2/3 warga professional JKR merupakan pegawai di Gred 41/44. Perhatian perlu diberikan untuk memcapai sasaran 50% Gred 41/44 berbanding gred atasan. Kerangka Strategik JKR menetapkan sasaran 15% warga P&P mempunyai pentauliahan Professional setiap tahun. Baru-baru ini JPA telah menawarkan kenaikan pangkat melalui skim SME terutama kepada skim professional untuk naik ke Gred Jusa C. Melalui Skim ini 6 professional JKR telah berjaya dan 2 darinya adalah Jurutera Awam. Untuk tingkatkan kompetensi, jawatan-jawatan strategik seperti JD, kewajiban untuk status PE sudah di adakan secara berperingkat. Saranan juga agar para jurutera JKR memain perana aktif dalam institusi professional di dalam dan luar Negara. Penubuhan Akaun Facebook oleh Disiplin baru-baru ini adalah satu perkembangan yang amat memberansangkan. Para jurutera dusaran untuk aktif memberikan pandangan di sini untuk disampaikan kepada Pengurusan Tertinggi. JKR perlu kembali menajdi organisasi keyakinan Negara dengan menjadikan 'Learning Culture' sebagai pakaian harian. `Jadikan Pembudayaan Ilmu sebagai Trademark JKR. Ybhg Datuk KPKR juga mengumumkan pengunduran Ketua Disiplin Awam Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh dan digantikan dengan Ybhg. Dato’ Ir. Dr. Meor AB Aziz bin Hj Osman sebagai Ketua Disiplin Awam yang baru. Majlis dihentikan sebentar untuk acara bergambar dan bersambung semula jam 9.40 malam dengan Pembentangan Pencapaian Pelan Bisnes Awam 2013-2015 olehYbhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Ab Aziz bin Hj Osman. | |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
- 1002 bacaan