UCAPAN TAHNIAH - YBHG. DATO’ IR. JAYAWANT A/L VITHAL
Salam 1 Malaysia YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Pengarah, Unit Empangan, Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor telah dianugerahkan kurniaan Darjah Kebesaran Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang(DIMP) yang membawa gelaran Dato’ berkuatkuasa pada 17 Oktober 2015 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-84 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang lalu. Seluruh Warga PPAMPS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Jayawant A/L Vithal. Sehubungan dengan itu, segala urusan rasmi berkaitan Timbalan Pengarah, Unit Empangan, PPAMPS hendaklah mengguna pakai gelaran nama seperti berikut:- YBHG. DATO’ IR. JAYAWANT A/L VITHAL TIMBALAN PENGARAH UNIT EMPANGAN PASUKAN PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH DARI PAHANG KE SELANGOR |
![]() |
- 997 bacaan