UCAPAN TAHNIAH - YBHG. DATO’ IR. JAYAWANT A/L VITHAL

Salam 1 Malaysia

 
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Pengarah, Unit Empangan, Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor telah dianugerahkan kurniaan Darjah Kebesaran Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang(DIMP) yang membawa gelaran Dato’ berkuatkuasa pada 17 Oktober 2015 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-84 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang lalu.  Seluruh Warga PPAMPS  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Jayawant A/L Vithal.
 
Sehubungan dengan itu,  segala urusan rasmi berkaitan Timbalan Pengarah, Unit Empangan, PPAMPS hendaklah mengguna pakai gelaran nama seperti berikut:-
 
                        YBHG. DATO’ IR. JAYAWANT A/L VITHAL
                        TIMBALAN PENGARAH
                        UNIT EMPANGAN
                        PASUKAN PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH DARI PAHANG KE SELANGOR