Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sekali lagi telah melakarkan nama dalam siri pameran inovasi di mana pada pameran 28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 11 - 13 Mei 2017, produk inovasi JKR Malaysia sekali lagi telah diiktiraf oleh Panel Juri Penilai.
Daripada dua belas (12) produk inovasi JKR Malaysia yang dipamer dan dipertandingkan, lima (5) produk telah memenangi Gold Award manakala tujuh (7) produk lagi telah memenangi Silver Award.
Tahniah diucapkan kepada semua perekacipta JKR Malaysia yang terlibat serta usaha Urusetia JKR Malaysia dari Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dalam memastikan penyertaan dan penglibatan JKR Malaysia dalam pameran ini dapat terlaksana dengan jayanya.
Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian ini. Adalah diharapkan pencapaian ini dapat menyemarakkan budaya berinovasi yang berterusan di dalam JKR Malaysia, menambah mutu penyampaian perkhidmatan jabatan seterusnya menyokong dasar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Berikut adalah butiran pemenang pingat di ITEX 2017:
- 886 bacaan