Date: Khamis, Januari 7, 2016
Adalah diperingatkan bahawa, seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, 
waktu keluar makan dan minum seharusnya dilakukan semasa waktu rehat. Oleh itu, semua pegawai digalakkan menggunakan pantri yang diwujudkan di setiap Bahagian bagi mengelakkan mereka keluar pada waktu pejabat.
 
Tindakan yang tegas akan diambil oleh pihak Pengurusan Atasan JKR ke atas pegawai yang bertanggungjawab sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap peraturan waktu makan/ minum semasa waktu pejabat ini.
 
Bersama-sama ini disertakan 'softcopy' Surat Peringatan KPKR tersebut untuk makluman dan hebahan pihak tuan sepanjang bulan Januari 2016.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai di pejabat ini iaitu En. Muhammad Rabbani bin Ruzali di talian 03-2618 8738/ 0133992780 atau En. Mohd Izainudin bin Ibrahim di talian 03-2618 8736/ 019-9457388 untuk makluman lanjut.
 
Sekian, terima kasih.