Date: Selasa, Oktober 25, 2022

Pewujudan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam JKR (AKRAB JKR) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2005 yang bertujuan untuk menjadi agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja cemerlang di dalam perkhidmatan awam dengan keahlian seramai 160 orang dari seluruh JKR. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam dengan singkatan nama AKRAB membawa maksud AMANAH, KOMITMEN, RASIONAL, AKHLAK DAN BESTARI.

Sempena  Sambutan Hari Psikologi Kementerian Kerja Raya bagi Tahun 2022 yang bertemakan "SIMFONI KELUARGA KKR pada 18 Oktober 2022 (Selasa) yang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya (KKR); 5 ahli AKRAB JKR telah terpilih untuk menerima Anugerah AKRAB Unggul, antaranya yang terpilih adalah seperti berikut

  1. YM Raja Badariah bt Hj Alwee, Ibu Pejabat JKR
  2. Puan Nalizah bt Mustafa, Ibu Pejabat JKR
  3. Puan Noor Azila bt Idris Ibu Pejabat JKR
  4. Puan Nurul Diyana, JKR Selangor
  5. Puan Nor Aisyah bt Din, JKR Baling, Kedah

Penyerahan sijil telah disempurnakan oleh YBHG. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' Ahmad  Nadzri bin EmbongTimbalan Ketua Setiausaha (P), Kementerian Kerja Raya.

Semoga dengan pengiktirafan Anugerah AKRAB Unggul 2022 ini dapat memberi motivasi kepada ahli AKRAB lainnya didalam mewujudkan modal insan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga kerja JKR. Tahniah Diucapkan!