Date: Jumaat, Januari 17, 2025

Majlis penyampaian Anugerah BIM-IBS JKR 2024 telah dilaksanakan pada 15 Januari 2025 Rabu), semasa program penutup Jelajah JKR BIM TRAiL  2024. Majlis tersebut tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di Dewan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Anugerah ini merupakan salah satu inisiatif Indeks Petunjuk Prestasi yang ditetapkan oleh Technical Working Group (TWG) 1 dalam Teras Strategik A1: Mengukuhkan Kualiti dan Keselamatan dalam Pelaksanaan Projek Pembinaan Dasar Pembinaan Negara 2030. Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk memberikan pengiktirafan dan komitmen kepada ahli pasukan projek yang berjaya melaksanakan adaptasi BIM dalam ekosistem industri pembinaan IBS mengikut amalan terbaik dan keperluan teknikal yang ditetapkan.

Anugerah BIM-IBS JKR ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:

  1. Projek Konvensional; dan
  2. Projek Reka dan Bina.

Proses penilaian telah dilaksanakan secara berperingkat menerusi kriteria penilaian seperti berikut:

  1. Status Kemajuan Projek
  2. Kecukupan model (LOD300 & LOD400) semua disiplin dlm JCloud
  3. Ketersediaan dokumen BPEP
  4. Ketersediaan Laporan Clash/Design Review
  5. Tahap Skor IBS
  6. Ketersediaan Lukisan Perincian dan Tipikal IBS di dalam model

Sebanyak 23 bilangan projek Konvensional dan 42 bilangan projek Reka & Bina telah dinilai berdasarkan kriteria di atas. Berikut adalah keputusan Anugerah BIM-IBS JKR 2025 mengikut kategori:

  1. Kategori Projek Konvensional:
    1. Tempat Pertama - Pembinaan Bangunan Tambahan Di SK Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor
    2. Tempat Kedua - Pembinaan Bengkel Kimpalan Tambahan Di ILP Pasir Gudang, Johor
    3. Tempat Ketiga - Pembinaan Bangunan Baharu Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, Melaka
       
  2. Kategori Projek Reka dan Bina:
    1. Tempat Pertama - Pembinaan Kuarters Gunasama Persekutuan Bintulu, Sarawak
    2. Tempat Kedua - Pembinaan Bangunan Tambahan 12 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Mengikut Piawai Di Smk Bum-Bum Semporna, Sabah
    3. Tempat Ketiga - Pembinaan Sekolah Baharu Kompleks Sekolah Presint 15, Wilayah Persekutuan Putrajaya

 Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah BIM-IBS JKR 2024.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat

 

Penghargaan kepada Panel Penilai

Pemenang Anugerah BIM-IBS JKR 2024 Bagi Kategori Projek Konvensional

Pemenang Anugerah BIM-IBS JKR 2024 Bagi Kategori Projek Reka & Bina