Date: Jumaat, Oktober 29, 2021

Anugerah BIM JKR 2021 telah berlangsung pada 27 Oktober 2021 bersempena dengan JKR BIM Day 2021. Anugerah ini diperkenalkan bagi menghargai warga JKR serta pemain industri yang terlibat dalam pelaksanaan projek secara BIM.

Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu BIM Modeller Terbaik, BIM Coordinator Terbaik, BIM Manager Terbaik, Projek BIM Konvensional Dalaman Terbaik, Projek BIM Konvensional Perunding Terbaik dan Projek BIM Reka dan Bina Terbaik.

Selain mengiktiraf kepakaran individu yang mempunyai kompetensi mengurus, menyelaras dan menghasilkan reka bentuk secara BIM, anugerah ini juga memberi pengiktirafan kepada pasukan reka bentuk HODT, perunding dan kontraktor yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan pelaksanaan projek secara BIM dengan berkesan.

Syabas diucapkan kepada yang berjaya.