Date: Isnin, Februari 27, 2023

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah terpilih sebagai Champion bagi World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2023 yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU), United Nations (UN) di bawah kategori e-Science.

World Summit on the Information Prizes 2023 adalah platform bagi menilai projek serta aktiviti yang memberi impak besar kepada pengaplikasian teknologi ICTs dalam memacu pembangunan yang lestari. WSIS juga merupakan satu platform global dalam mengenalpasti dan mempamerkan kejayaan pengaplikasian WSIS Action Lines dan Sustainability Development Goals (SDGs).

Penyertaan dari JKR telah kemukakan oleh Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin, Pengarah Kejuruteraan (Pakar ICT) serta pasukannya dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) dengan tajuk projek ‘Intelligent Project Supervision and Monitoring System 2.0’ pada 14 Disember 2022.

i-Supervision 2.0 adalah sebuah inisiatif kolaborasi dengan syarikat teknologi tempatan OFOTech Sdn. Bhd. Sistem ini telah didaftarkan sebagai Harta Intelek dengan pemilikan bersama antara JKR dan OFOTech.

Daripada 900 projek yang telah menyertai pertandingan tersebut daripada seluruh dunia, 2 inisiatif dari Malaysia telah dinobatkan sebagai Champion setelah penilaian yang komprehensif dilaksanakan oleh pakar-pakar WSIS serta undian secara Online dari serata dunia. Dua (2) inisiatif dari Malaysia yang telah terpilih sebagai Champion iaitu:

i. JKR i-Supervision 2.0 dari Jabatan Kerja Raya, Malaysia - Kategori E-Science

ii. Pelan JENDELA dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) - Kategori Infrastruktur Komunikasi dan Maklumat

Majlis anugerah tersebut akan diadakan sempena WSIS Forum 2023 di ITU UN, Geneva pada 13-17 Mac 2023.