Date: Khamis, Julai 4, 2019

Projek ini telah dipertandingkan untuk Pertandingan Anugerah Pertubuhan Arkitek Malaysia ( PAM ) PAM AWARDS 2019 dalam Katogeri Konservasi. Di dalam pertandingan tersebut projek ini terpilih memenangi Anugerah ‘ PAM AWARD GOLD’ pada 29 Jun 2019  yang lalu.

Projek ini merupakan projek konservasi sepenuhnya bangunan masjid sediada dan menaiktaraf kemudahan tambahan bagi memenuhi fungsi masjid yang masih digunakan oleh jamaah setempat. Pihak JKR Selangor telah mendapat titah daripada DYMM Sultan Selangor agar kerja-kerja konservasi dan menaiktaraf kemudahan di masjid ini dibuat mengikut sepertimana asal masjid ini dibina dalam tahun 1932. Senibina asal masjid di kenali sebagai ‘ Art Deco’. Oleh yang demikian segala kemudahan tambahan baru seperti Bangunan Pentadbiran, kolah wuduk, Menara Tangki Air dan Kemudahan M&E dibuat mengikut ciri- ciri senibina asal masjid dan bersesuaian dengan kemudahan terkini bagi tujuan keselesaan jemaah untuk melaksanakan ibadah dan aktiviti-aktiviti lain.

Skop kerja konservasi ialah mengekalkan kembali senibina asal Blok Bangunan asal masjid dan Blok Kolah Wuduk dibahagian dalam dan luar, menyediakan kemudahan mekanikal & elektrik dan hiasan dalaman. Manakala skop kerja menaiktaraf kemudahan baru ialah membina Blok Pentadbiran Baru, Blok Wuduk, Jenazah, Menara Tangki Air, Sistem Kumbahan dan jalan. Projek ini telah diserahkan pada 2 November 2017 dan di rasmikan penggunaannya oleh DYMM Sultan Selangor pada 3 November 2017.

Pelaksanaan projek ini terdiri daripada :

1. Pegawai Penguasa:
    Pengarah JKR Selangor

2. Wakil PP:
    JKR Daerah Kelang

3. HOPT:
    Bahagian Arkitek JKR Selangor

4. HODT:
    - Bahagian Arkitek JKR Selangor.
    - Bahagian Bangunan JKR Selangor
    - Bahagian Elektrik JKR Selangor
    - Bahagian Mekanikal JKR Selangor.

5. WPP Pakar Arkitek:
    Bahagian Arkitek JKR Selangor

6. Perunding:
    - Arkitek -Linea Architect & konservator
    - C&S - Nordin Kidam SDN. BHD.
    - Ukur Bahan - Perunding BEQS

7. Kontraktor:
    Syarikat Zakaria SDN. BHD.
 

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.