3 September 2023 – Berlangsung Persidangan Digital Sektor Awam (PDSA) 2023 bertemakan ‘Pendigitalan Perkhidmatan Awam : Nadi Kesejahteraan Negara’ bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
PDiSA 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima Anugerah Kecemerlangan Penggunaan Persidangan Video MygovUC 2.0 bagi Penghargaan Inisiatif Pendigitalan dan Anugerah KWAICT sempena PDiSA 2023.
Anugerah Kecemerlangan Penggunaan Persidangan Video MygovUC 2.0 ini telah diberikan kepada 2 kementerian dan 1 agensi iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR). MyGovUC 2.0 ini melibatkan 22 kementerian, 194 agensi dan 3 SUK.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Warga JKR yang telah menggunakan perkhidmatan MyGovUC dalam persidangan video untuk melancarkan kerja dengan sempurna di setiap cawangan dan peringkat jabatan.
- 392 bacaan