Date: Jumaat, September 30, 2022

1)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH KANAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

 

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hasmi bin Ahmad, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum (PIPC) dan Khas Jalan menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bersara wajib pada 01 Oktober 2022. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad berkuatkuasa pada 01 Oktober 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

 

2)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH PEMBINAAN, PASUKAN PENGURUSAN PROJEK KHAS PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM DAN KHAS JALAN

 

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hasmi bin Ahmad, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum (PIPC) dan Khas Jalan bersara wajib pada 01 Oktober 2022. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Rozita binti Mat Senapi diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum (PIPC) dan Khas Jalan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Rozita binti Mat Senapi berkuatkuasa pada 01 Oktober 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.