Date: Rabu, April 24, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Yang Menjalankan Tugas Ketua Pengarah Kerja Raya akan menghadiri Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri Kerja Raya ke Jepun pada 24 April 2024 hingga 26 April 2024. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk Sr. Amran bin Hj. Mohd Majid akan menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya di samping menjalankan tugas hakiki YBhg. Datuk Sr. Amran bin Hj. Mohd Majid sepanjang tempoh tersebut.